Isnin, 21 November 2011

Monday Blues


Assalamualaikum,

Hari ini tak ada apa yang nak diceritakan sangat. Cuma teringat kata kawan-kawan sewaktu bergiat aktif dalam perniagaan dulu. "Monday Blues".. Huaaaa.. Dengar pun dah mengantuk.



Istilah "Monday Blues" digunakan kepada pekerja-pekerja yang bertugas dari Isnin hingga Jumaat dan bercuti pada Sabtu dan Ahad. Saya rasa anda semua pernah merasakan penangan "Monday Blues", rasa malas nak kerja hari Isnin sebab cuti dah dua hari sebelumnya.

Letih rasanya nak mulakan kerja pada minggu barukan? Tak dinafikan ada juga sesetengah waktu kita bersemangat untuk mula kerja pada hari Isnin, tapi majoriti penduduk bandar selalunya layu waktu pagi, sebab?

"TRAFFIC JAMMED"!!

Fobia dengar perkataan tu. Sampaikan Kuala Lumpur saya letakkan sebagai tempat teratas dalam senarai "Tempat Paling Malas Saya Nak Pergi". Sebab, kesesakan yang kadang-kadang melampaui batas. Itu belum kira waktu puncak, tak boleh lari. Dari Kuala Lumpur ke semua arah di sekitar Lembah Klang, "confirm" sesak.







Saya juga salah seorang yang selalu mengalami masalah "Monday Blues", macam hari ni..hehehe.. Tapi dah nama pun kita bekerja, ada komitmen, tak lama lagi dah nak jadi suami orang. Kenalah berkorban, naikkan semangat diri untuk menghadapi Isnin. Selasa, Rabu dan Khamis dah ok selalunya. Jumaat kurang sedikit sebab esok nak cuti.. hehe..

Nasihat saya pada anda semua, ikhlaskan hati dalam bekerja. Insyaallah anda tidak akan dilanda "Monday Blues". Assalamualaikum

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lihat Apa Info Baru