Selasa, 22 November 2011
Jangan Bersedih, Allah Bersama Dengan Kita.
Dalam sejarah Islam, ada satu peristiwa semasa Nabi SAW diperintah oleh ALLAH untuk berhijrah,ketika Nabi SAW dan sahabatnya Abu Bakr r.a, berhijrah ALLAH merakamkan peristiwa tersebut di dalam surah At-Taubah ayat ke-40 supaya kita mengambil ibrah daripadanya..
Mafhum ayat:
..Ketika orang-orang kafir mengusirnya,sedang dia salah seorang dari dua orang ketika kedunya berada didalam gua, ketika itu dia berkata kepada sahabatnya," Laatahzan INNaLLAHHA ma'ana.." Maka ALLAH turunkan ketenangan kepadanya (Muhammad)...
Jangan bersedih wahai saudaraku yg sedang di uji,tingkatkan sabar,syukur dan iman sesungguhnya ALLAH bersama-sama orang yg bersabar..
Kata 'Ali Zyn al-'Abidin " Wahai Tuhan, jangan kau serahkan diriku ini kepadaku,aku tak mampu menguruskannya, dan jangan kau serahkan diriku kepada orang lain,kerana mereka akan mensia-siakan aku"
Jika kita nak mengawal diri kita sendiri dengan tanggungjawab dan amanah yg besar ini,kita tidak akan mampu,tetapi jika kita serahkan diri kita kepada MAHA PENCIPTA kita ,inshaALLAH..ALLAH akan permudahkan segala urusan kita..
Nabi SAW mengajarkan satu doa dalam sebuah hadith yg diriwayatkan oleh Al-Hakim yg bermaksud:
"Ya Allah! Yang Maha Hidup dan Berdiri dengan Sendiri,dengan rahmat-MU,aku bermohon pertolongan-MU,Perbaikilah segala urusanku dan janganlah Engkau biarkan aku bersandar kepada diriku sendiri walaupun hanya sekelip mata"
Semoga kita sentiasa memperbaiki diri dan urusan kita..
Serahkan urusan diri kita kepada Allah semata-mata, usaha kita hanya jalan yang sementara, Allah yang berkuasa menetapkan segalanya. Wallahualam..
Kredit untuk http://ruang-masa.blogspot.com