Khamis, 7 Julai 2011

Perhimpunan Bersih 2.0, Bersih atau Kotor?


Bercerita mengenai perhimpunan Bersih 2.0 yang sedang gamat diperkatakan di negara kita yang tercinta ini, saya berpendapat perhimpunan ini mempunyai pro & kontranya tersendiri yang mungkin melibatkan semua rakyat di Malaysia tidak kira yang menyokong pembangkang atau kerajaan.

Demonstrasi jalanan di negara kita tidaklah terlalu kerap berlaku seperti negara-negara Islam yang lain. Seperti yang berlaku di Libya, Mesir, Pakistan dan lain-lain. Tetapi impak pada demonstrasi jalanan ini tidak akan menguntungkan negara melainkan memang ada bukti kukuh tentang penyelewengan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat.
Pada saya keputusan Dato' Ambiga Sreenevasan membuat perhimpunan di stadium yang disarankan oleh perdana menteri selepas menghadap Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong adalah keputusan yang tepat. Tetapi apa jaminan yang mereka tidak akan berarak keluar dari stadium untuk pergi ke jalanan? Apa pula jaminan tidak akan berlaku kerosakan?
Terlalu banyak spekulasi tentang Perhimpunan Bersih 2.0 baik dari segi negatif dan positif. Pada saya, saya tidak mahu menuduh sesiapa yang terlibat. Cuma sebagai rakyat, saya ada pandangan tersendiri. Kita lihat banyak pandangan, artikel dan komentar dari pihak pembangkang dan pihak kerajaan. Saya sebagai seorang yang neutral juga ada pandangan tersendiri tentang kes ini.

CADANGAN LANGKAH-LANGKAH MENGELAKKAN DEMONSTRASI BERLAKU :
  1. Menyedarkan pemimpin-pemimpin kerajaan betapa bahayanya permainan politik di Malaysia. Pihak kerajaan perlu membuat 'postmortem' tentang pentadbiran negara yang membuatkan rakyat masih tidak berpuas hati.
  2. Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) juga patut mengambil peranan. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf mengeluarkan kenyataan tidak ada penipuan. Pilihanraya dijalankan dengan telus dan jujur. Mungkin benar pendapat Pengerusi SPR itu. Tetapi adakah kejujuran di kalangan Jawatankuasa-jawatankuasa SPR dan staff-staff SPR disiasat? SPR mesti lebih banyak melakukan risikan terhadap anak-anak buahnya. Ketua telus tak semestinya timbalan telus. Timbalan telus tak semestinya setiausaha telus. Setiausaha telus tak semestinya jawatankuasa lain telus.
  3. Pihak-pihak agama yang terdiri dari alim ulama, ustaz-ustaz, mufti-mufti, pensyarah-pensyarah ilmuan islam yang berpegang pada Al-Quran dan Hadith, mesti bersatu dalam mengeluarkan fatwa-fatwa berkaitan isu-isu politik dengan menepikan kepentingan politik masing-masing. Baik ulama UMNO dan ulama PAS. Lebih tepat mendengar pendapat ulama-ulama atas pagar yang tidak menyebelahi mana-mana parti.
  4. Rakyat serta pemimpin-pemimpin parti perlu memikirkan tentang hukum-hukum berdemonstrasi di jalanan. Pihak kerajaan dan pembangkang, kedua-duanya melakukan demonstrasi jalanan. Tetapi adakah kesan-kesan positif di dalam negara kita?
    Pada pendapat saya, perhimpunan atau demonstrasi jalanan banyak mendatangkan daripada keburukan. Perhimpunan Bersih 2.0 yang akan berlangsung pada 9 Julai 2011 ini juga tidak ada jaminan tidak akan berlaku kerosakan, tidak akan berlaku rusuhan di jalanan dan tidak ada jaminan tidak ada kecederaan atau malapetaka. Yang boleh dijamin adalah, peniaga-peniaga kecil dan sederhana terpaksa menutup permis-permis kerana bimbangkan kerosakan berlaku. Kepada peserta Perhimpunan Bersih 2.0, nasihat dari saya yang naif, janganlah Bersih 2.0 menjadi kotor kerana budaya merusuh ini adalah sesuatu yang melanggar undang-undang Islam dan merugikan umat Islam sendiri. Wallahu'alam..

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Lihat Apa Info Baru