Selasa, 8 November 2011

Seksualiti Merdeka, Jangan Hukum Tanpa Berfikir

Assalamualaikum,

Dah lama tak bincang topik-topik hangat ni. Kali ini kita akan membincangkan isu yang boleh dikatakan menduduki ranking terhangat sekarang ni. Seksualiti Merdeka!!!

Seksualiti Merdeka merupakan program yang dianjurkan dan disertai ahli-ahli Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender(LGBT) yang memperjuangkan hak-hak asasi manusia untuk golongan tersebut. Sememangnya Human Rights yang diperjuangkan oleh umat dunia telah digunakan oleh bermacam-macam jenis pertubuhan termasuk LGBT.


Entry kali ini bukanlah untuk menghentam LGBT, tak perlu rasanya saya lakukan perkara itu kerana dah ramai dan banyak blog-blog yang lakukan. So, tak perlu la saya tambah.

Saya cuma ingin menyentuh tindakan sebahagian pihak yang menghukum mereka tanpa berfikir cara untuk menyelesaikannya. Masing-masing menunding jari antara satu sama lain. Adakah menjadi kesalahan LGBT menuntut hak asasi sebagai manusia?

Pada pandangan saya jika menuntut hak asasi tidak salah dan setiap manusia mahukan hak mereka. Saya juga antara yang tidak bersetuju dengan dasar LGBT memandangkan kita mempunyai pelbagai alasan untuk menolak mereka. Kita ada agama yang sememangnya tidak mahu hubungan sejenis, kita dalam masyarakat melayu yang mempunyai adat dan adab, kita manusia yang mahukan keseimbangan alam dan apa yang mereka lakukan mengganggu keseimbangan alam.

Tetapi, mereka mungkin golongan yang jahil. Mungkin kurang didikannya. Banyak alasan yang menjadikan mereka begitu. Tetapi adakah 100% kesalahan itu terletak atas bahu mereka? Kesedaran agama dalam negara kita masih lagi rapuh untuk menyalahkan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan. Masyarakat bersama-sama pemimpin harus menegakkan syariah Islam, menerangkan pada mereka mengapa agama melarang mereka melakukan demikian. Tetapi amat menyedihkan mungkin ini budaya melayu, mungkin ini budaya kebanyakan umat Islam, menghukum tanpa berfikir. Adakah hukuman sahaja yang boleh menyelesaikan masalah?

Kita ambil contoh yang selalu kita dengar. Jika anak kita seorang samseng dan nakal serta sering mendatangkan masalah di sekolah, adakah tindakan membuang sekolah boleh membentuk pelajar tersebut menjadi lebih baik? Sama sekali tidak akan berlaku.








Pada pandangan saya yang hina ini, jika kita melihat sesiapa melakukan kesalahan, fikirkanlah cara untuk mengatasinya. Itu merupakan fardu kifayah yang mesti kita lakukan untuk menyelamatkan umat. Kita tidak akan menang jika hanya tahu menghukum, sedangkan mereka berhujah menggunakan ilmu mereka. Kita hanya kerana ramai, kita rasa kita kuat, sedangkan kita menunjukkan yang masyarakat kita cetek ilmu.

Saya ingin bertanya pada umat Islam dan orang Melayu. Adakah kematian Aleesha Farhana @ Mohd Asraf Hafiz Abdul Aziz yang menukar jantinanya adalah kemenangan umat Islam? Fikirkan-fikirkan. Kita berdosa kerana gagal mendidik Muslim yang menghadapi masalah krisis identiti dengan memberikan tekanan sehingga menyebabkan kematiannya.

Sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lihat Apa Info Baru