Khamis, 10 November 2011
Malaysia Menang 2-1
JAKARTA: Skuad negara memperlihatkan aksi lebih bertenaga selaku penyandang pingat emas bola sepak Sukan Sea apabila menewaskan Thailand 2-1 pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, petang ini.
Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-24 dan Izzad Farris Ramlan, minit ke-85.
Pada perlawanan pertama Isnin lalu, skuad negara hanya seri tanpa jaringan dengan Singapura.