Rabu, 20 April 2011

Peniagaan Internet ( Konsep "Rich Dad Poor Dad")

Saya pasti ramai yang telah membaca buku Rich Dad poor Dad tulisan Robert Kiyosaki. Satu konsep yang saya amat minat (dan gunakan) dari Rich Dad Poor dad adalah membeli sesuatu, dengan “wang orang lain” (other people’s money / OPM).
Contoh yang ditunjukkan adalah, Robert ingin membeli kereta idamannya iaitu sebuah Porche. Untuk membeli kereta idamannya itu, beliau tidak menggunakan wangnya sendiri. Apa yang digunakan adalah wang orang lain. Beliau membeli sebuah bilik/ruang kosong kemudian, menyewakannya menjadi tempat penyimpanan barang (Storage facility).


Keuntungan dari perniagaan kecil storage facilitynya itu setiap bulan membayar pinjaman bulanan kereta idaman Porche itu. Dalam kata lain, wang dari orang lain membiayai kereta idaman!
Apabila beliau ingin membeli kereta Mercedes untuk isterinya, beliau memulakan perniagaan kecil baru. Keuntungan (other people’s money) dari situ pula digunakan untuk membayar kereta mewah Mercedes!
Konsep yang sama anda boleh gunakan untuk perniagaan Internet. Mulakan perniagaan Internet kecil yang automatik (tidak memerlukan penglibatan anda sepenuhnya) seperti menjual ebook di Internet. Keuntungan bulanan dari situ boleh membiayai kereta idaman anda, atau rumah idaman anda!
Aplikasikan konsep Rich Dad Poor Dad kepada perniagaan Internet. Dengan cara ini, wang anda tidak akan berkurangan, walaupun memiliki sesuatu yang anda idamkan





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lihat Apa Info Baru