Rabu, 20 April 2011

Kenapa Politik Sekarang Sangat Jijik??

Perkataan "Politik" itu sendiri menggambarkan banyak maksud dan pengertian. Dan ianya sangat subjektif bagi kerana terlalu banyak pandangan.

Mengikut petikan dari laman web www.wikipedia.com.
 "Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain."

Rujukan Wikipedia Malaysia




Mengikut Kamus Dewan Edisi 4 pula politik adalah ilmu (pengetahuan) bkn cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dll), ilmu siasah, ilmu kenegaraan: pentingnya pengetahuan ~ kpd setiap rakyat negara yg mengamalkan pemerintahan demokrasi sudah tidak dapat disangkal lagi; 2. segala sesuatu bkn pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dgn negara lain: dasar luar negeri kita adalah bebas tetapi menentang penjajahan dlm ~ antarabangsa; diayah ~ penyebaran pengetahuan (ajaran) politik; parti ~ pertubuhan yg bergiat dlm bidang politik; tokoh ~ ahli politik yg terkemuka (terkenal); 3. kelicikan, muslihat, tipu muslihat; ~ parti kegiatan politik yg dijalankan utk, melalui atau oleh parti: beliau telah diberi peluang berkecimpung dlm kegiatan ~ parti walaupun pengalamannya masih cetek; ~ wang kegiatan menyogokkan atau memberi­kan wang oleh ahli politik kpd kumpulan orang atau individu tertentu utk mendapatkan sokongan, terutamanya utk pemilihan sesua­tu jawatan penting dlm parti dsb; berpolitik mengambil bahagian dlm politik, menjalankan (mengamalkan) politik: keadilan ~ adalah subjektif; mempolitikkan memasukkan ke dlm urusan politik, menjadikan sbg urusan politik, menjadikan (sesuatu) kelihatan ada kaitannya dgn politik: Menteri Pendidikan telah menjelaskan bahawa banyak pihak telah ~ isu-isu tersebut tanpa memahami perkara yg sebenar yg akan dijalankan oleh kerajaan; kepolitikan perihal politik; pempolitikan perbuatan mempolitikkan sesuatu perkara (isu).







Apa pun makna politik yang ditafsirkan kita dapat lihat politik sangat berkait rapat dengan kuasa, rakyat, pemerintah, wang, urusan negara dan lain - lain. Politik juga merupakan satu pentas untuk mereka yang inginkan kuasa dan selalunya ada kepentingan tersendiri.

Baiklah, apa kata kalau kita bercerita tentang politik di negara kita.

Di Malaysia, sistem demokrasi tajaan barat telah pun diamalkan sejak zaman sebelum merdeka lagi. Pilihanraya demi pilihanraya sekarang telah berlalu 12 pilihanraya umum dan berpuluh-puluh pilihanraya kecil dalam negara kita dari sebelum merdeka sehingga sekarang. Barisan Nasional telah mengungguli kesemua pilihanraya umum tersebut.Kenyataan saya ini bukan bermakna saya adalah BN atau saya adalah PAS atau PKR. Ini kerana saya melihat politik ini dari banyak sudut.

Politik Zaman Nabi

Pada Zaman Rasulullah S.A.W, politik telah pun wujud di kalangan umat. Nabi sendiri berpolitik tidak kira di masjid atau tidak. Cuma pada zaman tersebut, tiada parti - parti seperti sekarang. Kesemua rakyat bersepakat untuk menghormati pemimpin mereka. Namun mereka bebas mengeluarkan pendapat mereka terhadap pemimpin.

Politik Zaman Khalifah

Pada zaman kekhalifahan, bermula zaman khalifah al-rasyidin iaitu sebaik sahaja Rasulullah S.A.W. wafat. Terdapat 4 orang khalifah yang memerintah ketika itu iaitu Khalifah Abu Bakar As Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman bin Affan, dan Ali bin Abu Talib.
Diikuti dengan pemerintahan Bani Umayyah yang memerintah dari 661 masihi - 750 masihi. Sepanjang tempoh itu, 14 orang khalifah telah memerintah..
Diikuti pula oleh Pemerintahan Bani Abbasiyyah yang berkuasa pada 750 masihi - 1258 masihi. Sebanyak 38 khalifah telah memerintah. Kerajaan Turki Uthmaniyyah berkuasa dari 1299 - 1924 juga menggunakan sistem khalifah.
Jika kita dapati zaman kegemilangan islam menggunakan sistem khalifah, bukan demokrasi. Di mana perasaan gila kuasa tidak begitu menular dalam hati rakyat.


Politik Zaman Sekarang

Demokrasi adalah asas politik hampir seluruh dunia termasuk Malaysia. Di mana sistem ini menyebabkan banyak parti-parti ditubuhkan demi menunjukkan kuasa dan kehebatan mereka. Dan sistem inilah yang menyebabkan para pemimpin bertelingkah dan akan buat apa sahaja untuk mengambil hati rakyat.

Politik Jijik

Politik Jijik adalah politik yang berlaku sekarang. Apabila maksiat peribadi digunakan untuk menyerang musuh-musuh politik. Apa yang berlaku dengan Kes Video Lucah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga kes skandal seks Datuk Seri Najib bin Razak dan Atlantuya Sharibuu adalah contoh bertapa kotornya mainan politik yang wujud zaman ini.

Politik yang mengeluarkan pemikiran dan cadangan serta kemampuan memerintah dan menjaga kebajikan rakyat bukan lagi relevan kini. Orang dah taknak dengar. Rakyat lebih gemar kisah skandal seks, kahwin lebih satu, minum arak, dan skandal kaum kerabat pemimpin kerajaan dan pembangkang dijadikan pentas politik pada masa sekarang.

Masyarakat seperti ini adalah masyarakat yang tidak bertamadun, atau tidak terlampau kalau saya gelarkan Jahilliyah kerana masih taksub dengan berita-berita seperti ini. Sedangkan agama terang-terangan menegah kita mengaibkan muslim jika itu hanya maksiat peribadi. "Jika seseorang muslim itu menutup keaiban muslim yang lain, nescaya Allah akan menutup aibnya di hari kiamat."Sahih Muslim.

Jika kita lihat pemerintahan cara Islam tetap yang terbaik. Di mana khalifah tidak boleh diderhakai tetapi boleh ditegur. Tidak ada saingan politik, tidak ada maki hamun, tidak ada pendedahan aib peribadi dan tidak ada perebutan kuasa. Jika ditanya apakah punca politik sekarang bertambah kotor, jawapan saya sistem demokrasi yang dikenalkan barat itulah puncanya. Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lihat Apa Info Baru