Isnin, 14 November 2011

Teknik Agamawan Bantah Seksualiti Merdeka

gay




Di zaman serba moden ini, para agamawan turut dibawa arus pemikiran moden, sebahagian agamawan menjadi semakin progesif dalam befikir, sebahagian yang lain masih berada dalam dunia kitab silam. Sebahagian lagi berada dipertengahan. Tidak dinafikan ini menyuntik perbezaaan pandangan, ia adalah sesuatu yang sihat namun jika tidak terkawal yang progresif akan terus menjadi liberal melampau, manakala yang silam akan terus menjadi rigid tidak membangun. Kita inginkan wasatiy dalam bentuk yang terbaik. Ia perlu diusahakan.


Islam Itu Mudah

Benarkah Islam itu mudah?


Pertanyaan ini sering bersarang di dalam sanubari kita. Apatah lagi kepada saudara-saudara seagama yang baru mengenali Islam. Bagi menjelaskan pekara ini secara langsung, marilah kita rujuk kepada pegangan Allah S.W.T. yang mengatakan bahawa Dia tidak mahu lagi manusia kesusahan atau sesuatu yang membebankan. Allah S.W.T. menjelaskan dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud : "Allah mengkehendakan kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran."

Jumaat, 11 November 2011

Angry Bird Hina Islam? Betul Ke?

Sejak diperkenalkan pada tahun 2009 oleh Rovio Mobile untuk aplikasi Apple, game Angry Birds semakin diminati ramai dan telah didownload sebanyak 200 Juta oleh peminat seluruh dunia. Game Angry Birds dimainkan dengan melancarkan burung dengan lastik dan memusnahkan semua babi hijau yang jahat yang bersembunyi di sebalik kayu, batu, ais dan sebagainya.


Korang mesti pernah main game Angry Bird yang popular ni kan, ada yang install dalam laptop, PC dan sebagainya. Tapi pagi ni bila Budak Botak buka FB ada ramai orang pos pasal game nie hina Islam, betul ka benda nie? Cuba sapa2 yang main tu siasat tengok dan bagitau pandangan korang...



Khamis, 10 November 2011

Malaysia Menang 2-1


JAKARTA: Skuad negara memperlihatkan aksi lebih bertenaga selaku penyandang pingat emas bola sepak Sukan Sea apabila menewaskan Thailand 2-1 pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, petang ini.
Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-24 dan Izzad Farris Ramlan, minit ke-85.

Pada perlawanan pertama Isnin lalu, skuad negara hanya seri tanpa jaringan dengan Singapura.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lihat Apa Info Baru