Assalamualaikum,
Rasanya dah lebih sebulan saya tak post di blog "Picisan Kehidupan Zaman Moden" ini. Kesibukan menjalankan tanggungjawab dan misi penting untuk memandangkan khidmat saya lebih diperlukan di Legasi Ulung Sdn Bhd yang mendadak kemajuannya sejak akhir-akhir ini.
Terima kasih kepada mereka yang membaca blog ini. Blog ini akan diberi nafas baru dengan lebih terbuka. Nama baru telah dipilih, "Coretan Umat Zaman Moden". Diharap pembaca akan terus terhibur. Jangan segan-segan untuk memberikan komen-komen yang sememangnya bernas dari anda. Kita boleh berdebat, berkongsi dan mengkritik apa sahaja selagi ia tidak bercanggah dengan syarak. Insyaallah.
Khamis, 3 November 2011
Definisi Hari Raya Aidil Adha
Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Rabu, 28 September 2011
Emas Yang Agung dan Realiti Semasa
Keluarkan simpanan anda dalam bank selagi sempat...
Kami sukar menjelaskannya kepada rakyat kerana perkara ini rumit...
Kalaulah anda semua mengerti & faham bagaimana kami "JELAS" tentang ini,
Pasti anda juga takkan berfikir-fikir2 atau teragak2. (Bersambung...)
Kami sukar menjelaskannya kepada rakyat kerana perkara ini rumit...
Kalaulah anda semua mengerti & faham bagaimana kami "JELAS" tentang ini,
Pasti anda juga takkan berfikir-fikir2 atau teragak2. (Bersambung...)
Ahad, 24 Julai 2011
3 Strategi Pemasaran
Hari ini saya ingin berkongsi mengenai strategi pemasaran. Dalam perniagaan, pemasaran menjadi tonggak utama. Tanpa pemasaran yang bagus, perniagaan sukar untuk berkembang . Sebagus mana pun produknya, namun bila tidak diikuti dengan kemampuan memasarkan secara efektif, perniagaan hanya akan terbiar begitu sahaja.
Isnin, 11 Julai 2011
Memilih Kata-Kata Positif
Mari kita renungkan, apabila dalam setiap tindakan kita memilih kata-kata yang negatif, maka kata-kata itu akan menempel dan menghancurkan motivasi diri kita sendiri, bahkan lebih parah lagi mungkin juga akan berdampak kepada orang lain atau boleh juga kepada beberapa generasi selanjutnya.
Sebaliknya bila kita selalu memandang positif dan memilih kata-kata yang positif, maka ada sinar yang datang secara automatis yang boleh membangun, mendukung dan meningkatkan motivasi diri.
Sebenarnya kita sendirilah yang memilih apa yang akan kita ambil untuk diri kita dan orang-orang di sekitar kita. Misalnya ada gelas yang berisi air putih bersih dan di tangan kanan kita ada kerikil bersih dan di tangan kiri ada kerikil kotor. Apabila kita masukkan kerikil bersih ke dalam gelas itu, maka air tetap berwarna putih, tetapi bayangkan kita masukkan kerikil kotor, maka gelas itu akan segera berubah menjadi air kotor dan tidak berwarna putih lagi.
Dalam kehidupan, kata-kata yang kita gunakan ibarat kerikil ; sedangkan air, kita ibaratkan sebagai diri kita dan orang-orang dalam kehidupan kita.
Apabila kita memilih kerikil kotor yang juga diibaratkan kata-kata negatif maka tidak hanya mencemari diri kita tetapi juga akan mencemari motivasi orang lain disekitar kita. RENUNGKAN !!!
Langgan:
Catatan (Atom)
