Hari ini saya ingin berkongsi mengenai strategi pemasaran. Dalam perniagaan, pemasaran menjadi tonggak utama. Tanpa pemasaran yang bagus, perniagaan sukar untuk berkembang . Sebagus mana pun produknya, namun bila tidak diikuti dengan kemampuan memasarkan secara efektif, perniagaan hanya akan terbiar begitu sahaja.
Memang dalam perniagaan apapun persaingan itu sudah pasti ada. Untuk itulah kita perlu strategi pemasaran yang jitu untuk melonggarkan persaingan.
Lalu apa yang harus dilakukan ketika anda merasa buntu memasarkan sebuah produk?
Strategi Pemasaran 1: Cuba Pendekatan Baru
Ketika satu cara pemasaran yang anda lakukan dirasa kurang efektif, anda harus siapkan cara pemasaran baru. Anda perlu pendekatan baru untuk memasarkan produk anda. Cuba lihat dari sudut pandang pengguna, apa yang kurang dari pendekatan anda selama ini. Temukan di mana masalahnya dan mulai bertindak memperbaikinya!
Namun, ada satu hal yang tak berubah dalam dunia pemasaran iaitu anda harus selalu berbicara tentang nilai faedah produk atau layanan anda.
Strategi Pemasaran 2: Lakukan Ujian
Selalu berusaha untuk melakukan ujian dalam setiap aktiviti pemasaran yang anda lakukan. Mengapa? Sebab hanya dengan demikian, anda boleh mengetahui apa strategi pemasaran paling efektif untuk produk anda. Dengan melakukan ujian juga, anda menjimatkan tenaga dan kos.
Strategi Pemasaran 3: Berikan Persembahan Terbaik
Anda sudah memberikan tawaran terhadap pelanggan anda, namun ternyata sambutannya dingin. Penyebabnya boleh jadi pelanggan merasa tawaran anda belum dipersembahkan dengan cara yang terbaik. Setiap orang selalu ingin yang terbaik. Begitupun pelanggan anda, dan anda sendiri pun begitu.
Cuba lihat kembali tawaran anda. Cari di bahagian mana yang boleh anda tingkatkan sehingga menjadi nilai jualan yang diinginkan pelanggan. Mungkin soal keuntungan yang anda berikan, atau boleh juga soal harga, atau boleh jadi yang lainnya.
Cuba lakukan strategi pemasaran di atas dan lihat hasilnya pada perniagaan anda.