Ahad, 10 Julai 2011

Program Mencari Pelaut Baru Seluruh Malaysia

Assalamualaikum,

Program ini bertujuan untuk merekrut pelaut-pelaut baru di seluruh negara. Industri Maritim Negara memerlukan lebih 30,000 kekosongan pekerja pelbagai jawatan di atas kapal. Kekosongan yang terlalu banyak kono diisi oleh warga asing dari Indonesia, Filipina, Bangladesh, India dan lain-lain. Lambakan pelaut asing banyak merugikan negara kerana gaji yang tinggi dibayar kepada mereka.


Khamis, 7 Julai 2011

Perhimpunan Bersih 2.0, Bersih atau Kotor?


Bercerita mengenai perhimpunan Bersih 2.0 yang sedang gamat diperkatakan di negara kita yang tercinta ini, saya berpendapat perhimpunan ini mempunyai pro & kontranya tersendiri yang mungkin melibatkan semua rakyat di Malaysia tidak kira yang menyokong pembangkang atau kerajaan.

Rabu, 15 Jun 2011

Satu Anjakan Paradigma Dalam Hidupku


Pada Mei 2011, aku telah dicadangkan oleh 2 orang majikanku, Abd Ra'uf dan Muhammad Awis Qarni supaya bergabung dgn mereka untuk menubuhkan satu syarikat baru untuk operasi logistik dan perkapalan. Setelah berfikir semasak-masaknya dan mendengar pendapat mereka yang terdekat, aku sahut cabaran ini.


Khamis, 5 Mei 2011

Hudud, Masih Relevan?

Assalamualaikum. Kali ini saya terpanggil untuk mengeluarkan pendapat saya berkenaan dengan hudud. Saya bukanlah penyokong mana-mana parti politik atau mana-mana gerakan. Saya lebih cenderung untuk menyatakan pendapat saya sebagai seorang Islam. Islam yang luas memberi kita ruang untuk menyatakan pendapat. Jika ada silap dan khilaf minta teguran yang bernas dari tuan-tuan sekalian. Janganlah dikafirkan saya dan janganlah terlalu taksub dengan pendapat ini. Ini sekadar buah fikiran saya yang hina ini.




Khamis, 28 April 2011

Rejim Yang Zalim Mesti Dihapuskan!!

Dunia Arab bergolak. Dari Tunisia ke Mesir dan biarlah ia menjalar ke seluruh pelusuk daerah yang dikuasai oleh rejim yang zalim; yang menghina agama, menghisap darah rakyat, memundurkan negara, memerintah untuk kepentingan kroni dan keluarga, mengaut kekayaan peribadi sedangkan rakyat dalam kemiskinan. Memang sepatutnya telah lama ia bergolak. Persis seperti kata ‘Ali bin Abi Talib r.a:
“Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201, Beirut: Muassasah al-Risalah).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lihat Apa Info Baru