Rabu, 15 Jun 2011

Satu Anjakan Paradigma Dalam Hidupku


Pada Mei 2011, aku telah dicadangkan oleh 2 orang majikanku, Abd Ra'uf dan Muhammad Awis Qarni supaya bergabung dgn mereka untuk menubuhkan satu syarikat baru untuk operasi logistik dan perkapalan. Setelah berfikir semasak-masaknya dan mendengar pendapat mereka yang terdekat, aku sahut cabaran ini.




Dan pada tanggal 9 Jun 2011, satu sejarah dalam hidupku, satu dunia baru untuk ku. Legasi Ulung Sdn Bhd telah ditubuhkan secara rasmi. En Abd Ra'uf bin Amin, En Muhammad Awis Qarni bin Ahmad Rashidi dan aku, Nur Adli bin Mohd Nordi adalah ahli lembaga pengarah syarikat tersebut. Aku merupakan pengarah yang paling muda. Umurku belum 25 tahun. Bulan Ogos ini baru umurku 25 tahun.







Tapi aku bersyukur, rezeki Tuhan yang tidak disangka-sangka. Tapi ini juga permulaan cabaran besar untuk memikul tanggungjawab sebagai majikan. Kalau dulu aku cuma bekerja untuk menyara hidupku, kali ini aku terpaksa memikirkan kewangan syarikat, gaji pekerja juga gaji ku sendiri.


Ya Allah, berkati rezekiku. 

Amin Yarabbal al Amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lihat Apa Info Baru