Khamis, 17 November 2011

Tudung : Mengapa Mesti Marah?

Assalamualaikum,

Rasanya pendapat saya agak lama saya tidak suarakan. Hari ini ada topik yang seringkali menjadi isu dikalangan muslimin dan muslimat. Topik berkenaan tudung. Nampak macam topik lapukkan? Ni bukan isu pakai tudung singkat, bukan isu pakai tudung kain belah, bukan isu tak pakai tudung, dan bukan isu-isu yang dah ramai sangat bincang.


Kali ini cuba kita bincangkan mengenai pandangan kita tentang wanita bertudung. Pandangan Lazim yang kita dapat bila orang tengok wanita bertudung ni, negatif, negatif, negatif, negatif, positif, negatif, negatif.. Banyaknya negatif? Pandangan negatif tentang wanita bertudung.

Kenapa Negatif?

  1. Wanita bertudung tidak menutup bahagian dada.
  2. Wanita bertudung tapi pakai baju lengan pendek.
  3. Wanita bertudung tapi pakai baju dan seluar ketat.
Dan ada berberapa isu lain. Tapi yang ni paling hangat la. Saya mengakui apa sahaja isu di atas, ia berkaitan dengan satu kemungkaran yang dilakukan oleh sebahagian wanita bertudung. Tapi apa tindakan muslim lain yang melihatnya? Apa yang kita lihat di blog-blog, facebook, youtube jauh lebih teruk komen yang diberikan nak dibandingkan dengan wanita bertudung tersebut. Kutuk-mengutuk, laknat-melaknat, menghukum manusia macam Tuhan ("ni confirm masuk neraka ni.") dan macam-macam lagi. 






Subhanallah, amat buruk apabila kita menghamburkan kata-kata kesat, buruk, memaki sesama muslim dan nasihat secara tidak berhemah dan kita menggunakan nama agama sebagai alasan untuk kita melakukannya.


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Mencaci dan memaki orang-orang Islam adalah fasik dan memerangi mereka adalah kafir.


Yang lebih teruk apabila ada yang melakukannya di Facebook, blog dan youtube. Tunjuk balik gambar-gambar wanita tersebut sebagai contoh, maka apa hukum orang yang melakukannya. Bukankah itu satu perbuatan mengaibkan orang lain walaupun berniat baik.

Firman Allah dalam Surah An-Nur : 19
"Sesungguhnya orang-orang yang suka  menghebahkan tuduhan-tuduhan  yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)".

"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (An-Nisaa: 148)

"Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa." (An-Nisaa: 149)

 Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain...(Al-Hujurat : 11)

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang."(Al-Hujurat : 12)

Terdapat juga hadis yang menerangkan hal berikut.

Bahkan Islam melarang seseorang melihat atau memandang ke dalam rumah orang lain sebelum diizinkan. Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w bersabda:Sesiapa yang mengintip ke dalam rumah sebelum diberi izin untuk masuk ke dalam, maka sesungguhnya dia tidak meminta izin (Hadith Riwayat Abu Daud).
Abu Hurairah r.a melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah kamu bersalah jika seseorang mengintip ka dalam rumahmu tanpa izin dan kamu memukulnya mengunakan batu dan mencederai matanya.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ayat-ayat Allah dan Hadith ini jelas menerangkan tentang keperibadian mereka yang mendedahkan aib orang lain. Renung-renungkan. Assalamualaikum

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lihat Apa Info Baru