Assalamualaikum, rasanya dah 3 hari saya tidak menulis apa-apa entri untuk blog ini. Saya meninggalkan dunia blogging buat sementara kerana ada urusan yang lebih penting yang sepatutnya saya uruskan. Blogging cuma sekadar hobi dan tujuan menyampaikan maklumat kepada semua muslim. Kali ini saya akan bercerita lebih pada salah satu rukun agama yang sering dilupakan iaitu "Dakwah".
Coretan Umat Zaman Moden ©
Nur Adli Mohd Nordi
Selasa, 29 November 2011
Jumaat, 25 November 2011
Himpunan 19 Kata-kata Motivasi
Kekadang kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali. Kita ni kalau tidak disuntik dengan kata-kata perangsang sesekali, memang bertambah-tambah la malasnya.
Khamis, 24 November 2011
Ayat Allah dan Hadis Nabi Tentang Menepati Janji
Allah SWT telah berfirman dalam sebuah ayat yang ertinya, "Dan penuhilah janjimu kepada-Ku, nescaya Aku penuhi janji-Ku kepadamu, dan hanya kepada-Ku lah kamu harus takut (tunduk)."
Dinul Islam sejak kedatangannya mempunyai tujuan yang indah, iaitu membangun masyarakat yang ideal penuh dengan keutamaan, jauh dari kehinaan, saling tolong menolong atas dasar taqwa dan kebaikan, serta saling berwasiat dengan kesabaran dan kebenaran. Dinul Islam juga mengajarkan agar setiap muslim menghiasi dirinya dengan akhlak yang mulia. Dan di antara akhlak yang mulia itu adalah menepati janji. Allah SWT berfirman yang ertinya, "Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israel (iaitu): janganlah kalian beribadah kepada selain Allah, dan berbuat baiklah kepada ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin."

Rabu, 23 November 2011
Tempat - Tempat Menarik Di Kuala Lumpur
Assalamualaikum, hari ini nak promote KL sikit. Bandaraya kita. Ada banyak tempat menarik sebenarnya. Jangan cakap kalau datang KL tak tau nak ke mana. Kita tengok berberapa tempat dulu ok.
1. Menara Petronas
Dengan ketinggian 451.9 meter, menara ini pernah dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia. Mempunyai 88 tingkat.
1. Menara Petronas
Dengan ketinggian 451.9 meter, menara ini pernah dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia. Mempunyai 88 tingkat.
Langgan:
Catatan (Atom)