Isnin, 7 November 2011

Keluhan Seorang Wanita dan Jawapan Dari Seorang Lelaki


Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.
Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Ahad, 6 November 2011

Salam Aidil Adha


Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam khususnya pembaca blog ini. Semoga keimanan kita akan bertambah di hari yang mulia ini. Insaf dengan kelemahan kita dan mengakui hanya Allah yang berkuasa. Subhanallah Alhamdulillah Lailahailallah Allahuakbar..




Jumaat, 4 November 2011

BOLEHKAH BUKAN MUSLIM SELAMAT DARI NERAKA?

BOLEHKAH BUKAN MUSLIM SELAMAT DARI NERAKA?Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Soalan ini mungkin mengejutkan. Sebab, secara umumnya ramai muslim menganggap setiap yang bukan muslim pasti akan diazab dalam neraka. Tanpa mengambil kira keadaan mereka.

Apabila saya merenung sikap baik ramai individu bukan muslim di Oxford ini dan di tempat lain juga, ia mengingatkan saya kepada Prof DiRaja Engku Aziz. Semasa saya masih Mufti Perlis, beliau pernah datang ke pejabat saya secara bersendirian. Beliau ingin berbicara dengan saya secara tertutup. Ada beberapa soalan yang beliau kemukakan, antaranya: apakah orang bukan muslim yang berakhlak baik itu tetap memasuki neraka? Saya telah jawab serba sederhana untuk beliau ketika itu.

Hati Juga Ada Makanannya




6 Perkara yang merosakkan hati manusia...

Hasan Basri telah berkata,

Kerosakkan hati manusia disebabkan 6 perkara :

Khamis, 3 November 2011

PKZM Akan Diberi Nafas Baru

Assalamualaikum,

Rasanya dah lebih sebulan saya tak post di blog "Picisan Kehidupan Zaman Moden" ini. Kesibukan menjalankan tanggungjawab dan misi penting untuk memandangkan khidmat saya lebih diperlukan di Legasi Ulung Sdn Bhd yang mendadak kemajuannya sejak akhir-akhir ini.
Terima kasih kepada mereka yang membaca blog ini. Blog ini akan diberi nafas baru dengan lebih terbuka. Nama baru telah dipilih, "Coretan Umat Zaman Moden". Diharap pembaca akan terus terhibur. Jangan segan-segan untuk memberikan komen-komen yang sememangnya bernas dari anda. Kita boleh berdebat, berkongsi dan mengkritik apa sahaja selagi ia tidak bercanggah dengan syarak. Insyaallah.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lihat Apa Info Baru